Saintis temui tempat kawal perasaan cemburu

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan kawasan yang
mengawal perasaan cemburu dalam otak manusia.


NEW YORK - Sekumpulan saintis menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.

Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.

"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.

"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.

Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.

"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya. - Agensi

source:kosmo

0 comments:

Posting Komentar