JENIS-JENIS KEMBAR SIAM

Kembar siam ini terbahagi kepada banyakjenis. Orang-orang Greek menggunakan perkataan pagos, bermakna tempatdi mana mereka bercantum.

*Craniopagus: Percantuman pada kepala sahaja, hampir dua peratus daripada keseluruhan kembar siam.

*Pygopagus: Percantuman pada bahagian punggung, ia meliputi hampir 19 peratus daripada keseluruhan kembar siam.

*Thoracopagus: Percantuman pada dada,ia merupakan jenis yang paling kerap ditemui dengan anggaran sebanyak35 peratus. Ia biasanya melibatkan perkongsian jantung.

*Cephalopagus: Percantuman padabahagian atas tubuh di mana wajah kedua-dua bertentangan pada kepalayang bercantum. Kes-kes seumpama ini jarang berlaku. Ada kalanya, iamelibatkan perkongsian jantung.

*Parapagus: Percantuman pada bahagianbawah tubuh. Kes-kes seumpama ini melibatkan lima peratus kembar siam.Ada kalanya kembar siam ini terpaksa berkongsi jantung.

*Ischopagus: Percantuman pada separuh bahagian bawah tubuh. Dianggarkan enam peratus kembar siam daripada jenis ini ditemui.

*Omphalopagus: Percantuman pada bahagian depan tengah tubuh. Hampir 30 peratus kes-kes kembar siam seumpama ini ditemui.

*Kembar parasit: Kembar siam tidaksimetri di mana salah satu kembarnya bersaiz kecil, tidak terbentukdengan sempurna dan terpaksa bergantung kepada kembarnya.

*Fetus in fetu: Keadaan di mana janin yang tidak terbentuk dengan sempurna ini terkandung dalam tubuh kembarnya.

0 comments:

Posting Komentar